[GEMPAR] Malaysia suka menonton porno kanak-kanak

  • Malaysia dilaporkan menduduki tangga ketiga di rantau ASEAN bagi pemilikan dan pengedaran pornografi kanak-kanak

    • Menurut laporan The Star dua hari lalu, Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak polis (D11) Polis Bukit Aman, Deputi Supritendan Tan Gee Soonmemberitahu, maklumat itu dikongsi oleh polis antarabangsa.

      Beliau berkata, Malaysia sehingga kini tidak mempunyai undang-undang yang khusus mengenai pornografi kanak-kanak, namun dilengkapi dengan undang-undang pornografi secara umum.
       says.com
      • A994Image via www.mariafirdz.com
        Kes kehilangan kanak-kanak dan remaja yang berkaitan rapat dengan kes penderaan seksual.
    • "Kita mempunyai Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit imej dan filem luch, " ujar beliau, memetik laporan tersebut.
       malaysiakini.com
  • Tambahnya, pihak polis juga sedang mengkaji untuk meminda Seksyen 292 berkenaan yang hanya berkaitan dengan penjualan dan pengedaran bahan-bahan lucah.

    • Beliau turut memberitahu bahawa D11 merangka cadangan untuk satu undang-undang bagi menangani pesalah laku seksual.
       mstar.com.my
      • Salah satu mangsa penderaan seksual kanak-kanak, arwah adik Nurin Jazlin yang ditemui maut dalam keadaan yang sangat menyayat hati suatu ketika dulu.
    • Unit siasatan seksual juga telah mengemukakan cadangan untuk menggubal undang-undang anti-dandanan, katanya.
       says.com
  • Seperti yang dijangka, orang ramai begitu terkejut dengan laporan tersebut dan ada yang mendakwa laporan tersebut tidak benar dan fitnah dari pihak luar yang cuba mengancam imej negara kita

  • Tidak kiralah sama ada laporan yang dikongsi oleh polis antarabangsa itu benar atau palsu, namun dinasihatkan kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mengawasi anak anda untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku


    [GEMPAR] Malaysia suka menonton porno kanak-kanak [GEMPAR] Malaysia suka menonton porno kanak-kanak Reviewed by lalala on 05:56 Rating: 5

    No comments:

    Powered by Blogger.